Archive

Posts Tagged ‘H1N1’

Wabak ini semakin rakus!

August 30th, 2009 zazi No comments

Salam hormat dan salam sejahtera,

Saya harap anda dapat membaca informasi dibawah.Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita, Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini. Saya amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, saya juga telah mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.

Saya harap ramai yang masih mampu bertahan pada masa ini. Disini juga saya ingin mengedarkan sebuah laporan percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda.Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini.

Anda boleh dapatkan disini.

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna, sila edarkan kepada rakan-rakan anda. Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat…!

Bersama kita mencegah H1N1 ini…

Share/Save/Bookmark

Categories: Panduan Blog Tags:

H1N1.Kita bagaimana?

August 16th, 2009 zazi No comments

Hari ke hari kes H1N1 semakin bertambah dalam negara kita. Terasa gerun dengan bala kecil yang Allah turunkan ni. Kes kematian juga dah meningkat. Tapi bagaimana pula dengan kesedaran kita? Adakah kita sedar tentang bahaya wabak ini. Di tv dah ditunjukkan cara-cara bagaimana untuk menjaga kebersihan diri. Bersin tu pandai-pandaila ‘cover’ mulut tu. Batuk pulak janganlah batuk depan orang. Ni yang bikin hangin satu badan. Hari ni di ofis saya, sudah mula diedarkan ’surgical mask’ sekeping seorang. Sekeping manalah cukup, so bekalan perlu ditambah. Bila tanya di klinik-klinik berdekatan, mereka jual RM1- 1.50 sekeping. Walaweh…mahal tu. Agak-agak la nak ambil untung pun. So, alternatifnya, ’search’ di internet dan beli secara ‘online’. Murah pun murah tapi kena sabar menunggulah.

‘Terasa membahang kemurkaan Allah. Di darat, di udara, di laut kita tidak dapat lari daripadaNya”

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags: