Archive

Posts Tagged ‘family’

Bukan Bidadari

August 23rd, 2009 zazi 2 comments

Semalam, saya berkesempatan menonton Cerekarama di TV3. Akhir-akhir ni, jarang tengok tv, tapi semalam siap tengok dengan housemate-housemate selepas balik sembahyang terawih (terawih di perantauan). Tajuk citer ni ‘Bukan Bidadari’ lakonan Fahrin (Husni), Umie Aida (Nafisah), Lutfya (tak ingat nama dia dalam citer ni) dan Heryanto (Kamil). Citer ni mengisahkan sebuah family yang bahagia tetapi menjadi kucar-kacir dan musnah erana kesilapan Husni, iaitu suami kepada Nafisah. Kesilapan tu bermula bila Husni menjalainkan hubungan sulit dengan Lutfya yang dikenalinya secara kebetulan semasa party harijadi anaknya dan berjumpa pula di pasaraya semasa membuat pembayaran.

Apa yang dapat saya ‘interpret’ dari jalan citer ni, Husni meletakkan alasan ‘lelaki nakal’ apabila mempunyai perempuan lain. Yang lebih menyakitkan hati Nafisah, Husni dah berzina dengan perempuan tu. Hancur luluh hati isteri memikirkan rumahtangganya. Nafisah cuba menyelesaikan masalahnya dengan berjumpa dengan Lutfya, malangnya Lutfya merasakan perbuatan dia tu tak salah dan enggan melakukan apa-apa. Nafisah cuba untuk berubah jika perubahan pada dirinya yang Husni mahukan. Namun Husni tetap tidak berubah. Kerana lemah iman dan salah tempat mengadu, Nafisah pula yang terjerumus ke jalan yang salah. Dia betul-betul berubah dan meminta diceraikan. Nafisah kini berkahwin dengan lelaki yang dirasakan bagus dan dapat menjaganya iaitu Kamil. Mereka berpindah ke ‘obersea’ dan hidup di sana. Hidup Nafisah sekarang memang jauh dari ajaran Islam tetapi Allah masih sayangkan dia bilamana dia merasakan perbuatannya itu sudah keterlaluan. Dia kembali ke pangkal jalan namun Kamil bukanlah seperti yang disangkanya. ‘He’s a free thinker’. Nafisah kembali ke Malaysia (status bercerai tak sure) dan berjumpa Husni dan anak-anaknya. Namun Nafisah masih tidak dapat menerima Husni tetapi sedang memperbaiki diri sendiri ke jalan yang benar. Abes.

Moral of the story ( dari perspektif saya):

1. Suami adalah ketua keluarga. Bahagia atau tidak sesebuah keluarga bergantung kepadanya. Dengan sekecil kesilapan, keluarga yang dibina selama ini boleh musnah sekelip mata.

2. Isteri perlu banyak berdoa dan bersabar. Dalam citer ni, Nafisah kurang berdoa dan tidak sabar. Selain tu, kerana lemah iman, Nafisah mudah mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya memusnahkan diri sendiri. (Kesian)

3. Memilih kawan juga penting. Dalam citer ni Nafisah dah tersalah pilih kawan bila kawannya sendiri menyokong tindakannya membuka aurat. (Kurang asam punya kawan, harapkan pagar, pagar tumbang atas padi)

4. Orang perempuan adalah salah satu faktor lelaki masuk neraka. Dalam citer ni, Lutfya adalah satu sebab keruntuhan keluarga Husni. Dah tau lelaki tu dah berkeluarga, namun masih mengacau hak orang lain. Kalau berkahwin secara baik dan tak berzina, saya rasa Nafisah boleh lagi memaafkan Husni.

So, akhirnya, saya mengingatkan diri saya dan pengunjung blog ni supaya mengambil iktibar dari citer ‘Bukan Bidadari’ ni. Selamat Berpuasa.

Share/Save/Bookmark

Categories: kOmEn DraMa Tags: