1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
2. Diriwayatkan dari Ummu ‘Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat ‘ied ), mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama’ah)
3. Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
4. Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat ‘ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
5. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka’at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )
6. Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat ‘ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )
7. Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat ‘ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat ‘ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)
8. Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat ‘ied dua belas kali takbir. dalam raka’at pertama tujuh kali takbir dan pada raka’at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )
9. Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A’la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )
10. Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat ‘ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (Iqtarabatissa’ah ) dan ( Qaaf walqur’anul majid). (H.R. : Muslim )
11. Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat ‘ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )
Recent Comments