Kisah Pasir dan Batu

October 6th, 2009 zazi No comments

Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat yang berjalan melintasi gurun pasir. Ketika dalam perjalanan itu, mereka mula bertengkar dan yang satu menampar pipi sahabatnya. Yang ditampar pipinya hatinya terluka, tapi tanpa berkata sepatah kata pun dia kemudian menulis di pasir:

 

“Hari ini sahabat baikku menampar wajahku”.

 

Mereka meneruskan perjalanan sampai berjumpa sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk berehat dan mandi. Tetapi orang yang wajahnya ditampar, terjatuh di pasir jerlus dan mula tenggelam, tetapi sahabtnta berjaya menyalamatkannya.

Setelah pulih keadaanya, dia mengukir kalimat di atas batu:

 

“Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan hidupku”.

 

Orang yang telah menampar sahabatnya dan kemudian menolongnya, lalu bertanya,

“Setelah aku menampar, kamu menulis di pasir dan sekarang kamu menulis di batu, kenapa begitu?”

 

Sahabat yang ditanya menjawab, “ketika seseorang menyakiti, kita harus menuliskannya di pasir, supaya angin dapat memaafkan kita dengan meniupnya lenyap tanpa meninggalkan kesan”.

 

“Tapi saat orang melakukan kebaikan untuk kita, kita harus mengukirnya di batu, supaya tidak ada satu angin pun yang sanggup menghapuskan ingatan indah itu”.

 

Belajarlah untuk menuliskan kepedihanmu di pasir dan mengukir pengalaman baikmu di atas batu.

 

Orang bijak berkata, kita memerlukan waktu satu minit untuk sapat menemukan seseorang yang istimewa, satu jam untuk menghargainya, satu hari untuk kita menyukai dan mengasihi. Tetapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakannya.

 

Share/Save/Bookmark

Categories: wisdomWords Tags:

Pengurusan Risiko Melalui Insurans (Bahagian VI)

October 5th, 2009 zazi No comments

Bahagian VI

Rawatan jangka panjang
Jenis insurans ini ialah untuk golongan tua dan orang kurang upaya. Kos rawatan jangka panjang adalah tinggi. Mereka yang memerlukan rawatan jangka tidak boleh menjalankan aktiviti rutin harian yang kita sering tidak hargai, seperti:

 

Pemindahan

duduk dan bangun dari kerusi

Pergerakan

keupayaan untuk bergerak dari bilik ke bilik

Pengawalan

keupayaan untuk mengawal fungsi usus dan pundi secara bersahaja

Berpakaian

memakai dan menanggalkan semua pakaian

Mandi/Mencuci

keupayaan untuk mandi dalam bilik mandi

Makan

semua pergerakan memasukkan makanan ke dalam mulut

Terdapat juga insurans untuk ibu bapa berumur lebih 50 tahun, untuk melindungi:

Rawatan perubatan

pembayaran balik bayaran hospital sebenar untuk tinggal di wad kerana pembedahan dan bukan pembedahan.

Rawatan jangka

faedah bulanan untuk ketidakupayaan melaksanakan aktiviti panjang harian kehidupan normal.

Faedah kematian
Faedah di atas tertakluk kepada had hayat.

Share/Save/Bookmark

Categories: Article Tags:

Pengurusan Risiko Melalui Insurans (Bahagian V)

October 5th, 2009 zazi No comments

Bahagian V

 

Penyakit Wanita
Kadar kejadian beberapa jenis kanser di kalangan wanit

·                       Kanser payudara – 31%

·                       Kanser ovari – 4%

·                       Kanser uteri serviks – 2%

·                       Kanser faraj – 1%

·                       Carcinoma-in-situ – 8/100,000
(Sumber:
American Cancer Society)

 

Insurans untuk wanita
Terdapat jenis insurans yang khusus untuk wanita, sebagai contoh, insurans yang melindungi penyakit dan keadaan khusus seperti yang berikut:

·                       Kanser wanita – kanser payudara, uteri serviks, tiub fallopian, ovari, uterus, faraj

·                       Carcinoma-in-situ

·                       Lupus Eritematosus Bersistem – SLE

·                       Artritis reumatoid

·                       Pembedahan plastik muka

·                       Graf kulit

·                       Komplikasi ketika mengandung

·                       Penyakit kongenital bayi

 

Juga untuk faedah pada peringkat kehidupan seperti

·                       Faedah perkahwinan

·                       Faedah kelahiran bayi

·                       Faedah penjimatan

·                       Faedah penceraian

·                       Faedah kematian pasangan

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Article Tags:

Pengurusan Risiko Melalui Insurans (Bahagian III & IV)

October 1st, 2009 zazi No comments

Bahagian III

Insurans berkaitan pelaburan
Insurans berkaitan pelaburan ialah pelan premium biasa sepanjang hayat yang bergabung dengan dana berkaitan pelaburan yang bersepadu. Faedah terbesarnya ialah kefleksibelannya. Anda boleh mempelbagaikan jumlah perlindungan insurans, menambahkan pelaburan, atau membuat pengeluaran.
Pada asasnya, anda boleh menyesuaikan pelan supaya bersesuaian dengan perubahan pembiayaan sepanjang beberapa peringkat dalam hidup anda.

Kos perubatan

Jadual di bawah memberi anda gambaran berapa banyak kos perubatan bagi setiap penyakit.

Pintasan koronari jantung

RM20,000 – RM30,000 setiap pembedahan

Kanser

RM3,000 – RM140,000 untuk rawatan

Kemoterapi

RM200 – RM1,000 setiap terapi

Radioterapi

RM200 – RM1,000 setiap terapi

Pembedahan jantung terbuka

RM20,000 – RM50,000 setiap pembedahan

Pemindahan jantung

RM50,000 – RM80,000 setiap pembedahan

Kegagalan ginjal

RM2,000 setiap bulan untuk dialisis.

 

 

 

 

 

 

 

Bahagian IV

Apakah jenis perlindungan penyakit kritikal yang ada?
Kebanyakan tuntutan penyakit jatuh dalam lima contoh pertama yang diberikan di bawah.

·                       Sakit Jantung

·                       Penyakit Arteri Koronari

·                       Strok

·                       Kanser

·                       Kegagalan Ginjal

·                       Lumpuh

·                       Pemindahan Organ Utama

·                       Sklerosis Berbilang

·                       Hepatitis Virus Fulminant

·                       Hipertensi Arteril Pulmonari Primer

·                       Koma

·                       Buta

·                       Penggantian Injap Jantung

·                       Pembedahan Aorta

·                       Penyakit Alzheimer

·                       Pekak

·                       Hilang Pertuturan

·                       Kesan Terbakar Teruk

·                       Penyakit Membawa Maut

·                       AIDS Akibat Pemindahan Darah

·                       Penyakit Neuron Motor

·                       Penyakit Parkinson

·                       Penyakit Hati Kronik

·                       Penyakit Paru-paru Kronik

·                       Anemia Aplastik

·                       Distrofi Otot

·                       Poliomielitis

·                       Meningitis Bakteria

·                       Tumor Benigna Otak

·                       Ensefalitis

·                       AIDS Merebak Sepenuhnya

·                       Pembedahan Otak  & Trauma Kepala Major

 

 

 

 

 

 

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Article Tags:

Pengurusan Risiko Melalui Insurans

September 30th, 2009 zazi No comments

Pelaburan yang aku rasa perlu untuk semua orang pada masa sekarang ni ialah Insurans. Alhamdulillah, aku telah mempunyai polisi insurans sendiri. Penyelewengan dan penipuan dalam proses mendapatkan tuntutan insurans oleh ejen-ejen yang tidak bertanggunjawab telah menyebabkan insurans dikaitkan dengan penipuan. Dan inilah benda yang sama aku dengar sebelum aku mempunyai polisi insurans ni.

Dengan mendengar dan memahami apa sebenarnya insurans itu dan kepentingannya kepada kita, perspektif dulu kini dah berbeza. Mendengar dari ejen insurans yang betul-betul menjalankan tugasnya sebagai ejen adalah salah satu perkara yang penting juga. Sebab, kalau kena ejen yang menipu, tu yang menyebabkan kita tidak akan percaya pada insurans. Lagipun sekarang produk-produk insurans telah dipelbagaikan dan ada tu dalam cara ‘Islamic’. Maksudnya, produk insurans ni tidak hanya ada dalam bentuk konvensional. So, dah ada yang Islamic tentu lagi baik kan?

Kat sini aku nak share artikel ‘Pengurusan Risiko Melalui Insurans’ oleh Cik Ellen Tan (Cik Ellen Tan ialah Pengurus Agensi kepada Prudential Assurance Malaysia Bhd) yang aku ambil dari laman web www.min.com.my. Terdapat 6 Bahagian dalam artikel ni, so aku post sikit-sikit supaya senangkan pembacaan.

Bahagian I

Pengurusan risiko ialah pengenalpastian, analisis dan pengawalan ekonomi risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah syarikat atau individu. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda, yang sebelum itu telah anda insuranskan.

Beberapa risiko peribadi yang mungkin anda hadapi termasuk:

·                      Kematian awal

·                      Hilang upaya menyeluruh dan kekal

·                      Menghidap penyakit kritikal

·                      Keperluan pendapatan ketika persaraan

·                      Pembiayaan pendidikan anak

·                      Rawatan jangka panjang ibu bapa

 

Secara ringkasnya, anda mungkin meninggal dunia ketika usia masih muda, hidup terlalu lama, meninggal dunia akibat penyakit atau hilang upaya.

Insurans ialah mekanisme pemindahan risiko yang digunakan oleh individu atau organisasi untuk menukar sesuatu yang tidak pasti kepada pasti. Individu setuju untuk membayar premium tetap dan sebagai pulangan, syarikat insurans bersetuju untuk menggantikan apa jua kerugian yang berlaku mengikut terma polisi.

Pelan insurans perlulah berdasarkan “Prinsip Kerugian Besar” yang bermakna menginsuranskan sesuatu pada jangkaan kekerapan rendah tetapi mempunyai risiko teruk yang tinggi. Sebagai contoh, membeli insurans untuk penyakit kritikal seperti barah atau sakit jantung, yang kemungkinan berlakunya hanya sekali dalam hidup anda (kekerapan rendah) tetapi apabila berlaku, masalah kewangan yang dihadapi begitu besar. Berbaloi sekiranya anda mengambil insurans untuk penyakit begini tetapi tidak jika mengambilnya untuk demam selesema biasa atau untuk pemeriksaan doktor panel yang mungkin memerlukan kos RM40. Risiko pada asasnya ialah kombinasi hal-hal yang berkemungkinan berlaku dan kesan teruk yang dialami sekiranya berlaku.

Bahagian II

Apakah manfaat insurans?

Pertama sekali, untuk ketenangan jiwa, mengetahui bahawa anda mempunyai insurans untuk memenuhi keperluan kewangan berikutan berlakunya risiko tertentu.

Terdapat juga pengawalan kerugian kerana insurer mempunyai kepentingan dalam mengurangkan kekerapan dan kerugian yang teruk. Misalannya, jika seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi dan ingin mengambil polisi insurans untuk melindungi penyakit kritikal, syarikat insurans berkemungkinan akan meminta dia mengambil ubat dan membuktikan bahawa dia mempunyai cara hidup yang boleh mengawal penyakit tersebut. Syarikat insurans mempunyai kepentingan untuk mengawal kerugian.

Terdapat juga manfaat sosial kerana dana yang ada membolehkan anda membantu diri supaya tidak membebankan orang lain.

Apakah jenis insurans yang ada?

Yang berikut ialah senarai jenis insurans hayat yang umum
1. Tempoh tertentu
2. Seumur hidup
3. Bertempoh tetap (
endowment)
4.
Berkaitan pelaburan
5. Pendidikan anak

Ini ialah lampiran (rider) biasa yang dilampirkan bersama polisi hayat
1.
Penyakit kritikal
2. Pendapatan hilang upaya
3. Kemalangan diri
4. Pembayaran balik perubatan
5. Masuk hospital
6. Penepian premium

Share/Save/Bookmark

Categories: Article Tags:

Kesilapan Dalam Menguruskan Wang

September 29th, 2009 zazi No comments

Pengurusan kewangan adalah salah satu perkara yang wajib kita pelajari. Setelah setahun bekerja, kini aku mula sedar dah banyak pembaziran yang aku dah lakukan dengan wang gaji aku. Sepatutnya aku berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan aku. Daripada kesedaran tentang pengurusan kewangan ni, aku ingin belajar cara-cara membuat pengurusan kewangan dengan efektif. So, kat sini aku nak share artikel tentang ‘7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang’. Artikel ni aku perolehi dari laman web www.min.com.my.

7 Kesilapan Lazim Dalam Menguruskan Wang

 

“Saya telah bekerja selama 20 tahun tetapi sehingga kini wang simpanan saya  hanya sedikit sahaja. Kadangkala, saya tertanya-tanya kemanakah perginya wang saya?” - Puan Chong, Eksekutif

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? Jika anda bertanya orang di sekeliling anda, besar kemungkinan anda akan berjumpa sekurang-kurangnya seorang yang sependapat dengan Puan Chong.

Jika anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenalpasti terlebih dahulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan agar anda dapat belajar daripadanya.


Kesilapan #1:
Gagal Merancang

Jika anda bertanya kepada orang disekeliling anda, pasti anda akan dapati ramai diantara kita yang tidak merancang kewangan. Alasan yang selalu diberikan ialah “Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya”. Sikap acuh tak acuh ini akan menjejaskan kedudukan wang anda, contohnya anda akan selalu membayar cukai yang tinggi, membiarkan pelaburan tidak berkembang dalam tempoh yang lama atau tidak bijak memilih produk-produk pelaburan/kewangan yang sesuai dengan anda.  Dengan bebanan kerja yang banyak, ramai diantara kita yang tidak memberi keutamaan kepada pengurusan wang dan membiarkan keadaan menjadi penentunya.

Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan yang berpendapatan sederhana, tabiat MERANCANG KEWANGAN akan membolehkan anda menjadi seorang yang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Kesilapan #2:
Berbelanja Melebihi Kemampuan

Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan-rakan dan juga iklan-iklan disekeliling kita. Saban hari iklan-iklan di TV, surat khabar dan kompleks membeli belah banyak mempromosikan gaya hidup yang mewah. Telefon bimbit model terkini, kereta mewah dan juga fesyen terbaru banyak mendorong kita untuk berbelanja diluar daripada kemampuan. Apatah lagi, ramai yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai diantara kita yang hanya mempunyai baki yang sangat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan setelah ditolak pinjaman rumah dan kereta; bayaran kad kredit, bil-bil dan sebagainya.

Kesilapan #3:
Berbelanja Menggunakan Kad Kredit

Tabiat beli dulu dan bayar kemudian merupakan perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai diantara kita yang memiliki lebih daripada satu kad. Walaupun kad kredit merupakan satu kemudahan tetapi ramai orang yang menyalahgunakannya dan menganggap ia adalah suatu alat untuk kita berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula, dengan bayaran minima setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minima tersebut, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari. Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Ini adalah realitinya kerana mengikut laporan kemuflisan (bankruptcy report), peratusan orang yang jatuh muflis sejak kebelakangan ini telah meningkat, terutama sekali dikalangan golongan muda. Oleh itu, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat. Dengan membuat bayaran minimum setiap bulan, anda mungkin boleh terus berbelanja, tetapi anda harus ingat bahawa ia akan menyebabkan anda mengalami kerugian besar di belakang hari. 

Kesilapan #4:
Lewat Menabung Untuk Hari Tua

Ramai diantara kita yang ingin bersara awal. Tetapi untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Walaubagaimanapun, masih ramai diantara kita, terutamanya mereka yang sudah hampir bersara yang masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan yang diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Apa yang berlaku adalah sebaliknya dimana setiap kali gaji naik, perbelanjaan kita pula yang bertambah, contohnya pengubahsuaian rumah, kereta baru, menjadi ahli kelab tertentu untuk bersaing dengan rakan-rakan dan sebagainya. Perbelanjaan sedemikianlah yang menyebabkan kita sukar menabung untuk hari tua.

Kesilapan #5:
Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian

Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Jangan bergantung kepada kata-kata penasihat kewangan semata-mata kerana ada diantara mereka yang mempunyai agenda tersendiri. Kadangkala ada penasihat kewangan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan maklumat yang tidak tepat untuk meningkatkan komisen jualan mereka. Jadi pastikan anda meneliti ciri-ciri sesuatu produk pelaburan tersebut dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Kesilapan #6:
Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan

Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan yang membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama sekali jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Keadaan akan menjadi lebih malang jika orang yang hilang pendapatan tersebut merupakan ketua keluarga atau pencari nafkah dalam keluarga. Tanpa insuran atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Kesilapan #7:
Terlampau Memikirkan Pasal Wang

Perkara diatas membincangkan tentang keperluan merancang kewangan dengan baik. Namun, dalam usaha memupuk tabiat yang baik tersebut, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara-perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan. Tanpa perkara ini, hidup anda tidak akan memberi sebarang makna walaupun anda mempunyai wang jutaan ringgit.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri tentang kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan  menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.

Share/Save/Bookmark

Categories: Article Tags:

Doa dan harapan di hari lahir

September 28th, 2009 zazi 1 comment

 

27 September 2009, genap usia aku 25 tahun. Terasa dah semakin berusia dan terasa macam masa ini tersangatlah pantas berlalu. Terimbau kembali memacam kenangan zaman budak-budak, masa sekolah menengah, matriks, dan zaman belajar di universiti dulu. Indah kan dunia budak-budak.

Mekasih kepada mak dan kawan-kawan yang masih ingat besday ku ini. Doakan aku sihat dan dimurahkan rezeki yea.

 

Bila usia dah menginjak ke pertengahan 20an ni, banyak perkara serius dah mula difikirkan. In fact, sebelum ni pun dah jenuh memikirkannya. Tapi sampai kesudah jawapan untuk perkara-perkara tu masih belum ada.

 

Aku berdoa supaya aku akan dipertemukan dengan seseorang yang terbaik untuk aku, keluargaku dan agamaku. Selain tu, aku berdoa supaya aku diberi kesihatan, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam iman.

 

Selama 25 tahun aku hidup, Alhamdulillah perjalanan hidup aku ni dipermudahkan Allah. Berkat doa mak dan ayah. Terima kasih mak, terima kasih abah.

 

Dipertemukan dengan kawan-kawan yang baik selama ni adalah salah satu anugerah yang sangat tak ternilai. Dengan adanya mereka, hidup aku lebih ceria dan lebih banyak benda yang dapat dikongsi bersama. Aku berdoa kita akan sentiasa ‘keep in touch’ walaupun masing-masing dah ada kehidupan sendiri.

 

Semoga kita akan bahagia dan dirahmati dengan jalan yang telah kita pilih. Ameen.

 

 

 

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags:

Salam Aidilfitri

September 27th, 2009 zazi No comments

Ampun dan maaf andainya,

TERkasar bahasa

TERsilap bicara

TERmarah yang tak kena

TERtanya tak tentu hala

TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana

TERpekik di telinga

TERpekak bila ditanya

TERnasihat tak kena gaya

TERpinjam harta benda

TERlupa pulangkan harta pusaka

TERmoody tak semena-mena

TERumpat bila-bila

TERmacam-macam lagi yang kena mengena

Maafkan je la…

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir & Batin

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Panduan Blog Tags:

Kelebihan BISMILLAH

September 18th, 2009 zazi No comments

“Kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:

 

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut / mendadak.

2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.

3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.

4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Share/Save/Bookmark

Categories: Panduan Blog Tags:

Panduan Solat Aidilfitri dan Aidiladha

September 17th, 2009 zazi No comments

 

1.      Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

2.      Diriwayatkan dari Ummu ‘Atiyah (R.A.). ia berkata : Rasulullah (S.A.W.). memerintahkan kami keluar pada Aidilfitri dan Aidiladha semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Adapun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari mushalla (tempat solat ‘ied ), mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan dakwah kaum muslimin (mendengarkan khutbah ). Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda: Supaya saudaaranya meminjamkan kepadanya dari jilbabnya. (H.R : Jama’ah)

3.      Diriwayatkan dari Anas bin Malik (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). Tidak berangkat menuju mushalla kecuali beliau memakan beberapa biji kurma, dan beliau memakannya dalam jumlah bilangan ganjil. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )

4.      Diriwayatkan dari Burayaidah (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) keluar untuk solat Aidilfitri sehingga makan terlebih dahulu dan tidak makan pada solat Aidiladha sehingga beliau kembali dari solat ‘ied. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

5.      Diriwayatkan dari Ibnu Abbas (R.A.). ia berkata : Bahwasanya Nabi (S.A.W.). keluar untuk solat Aidilfitri dua raka’at, tidak solat sunah sebelumnya dan tidak pula sesudahnya. (H.R : Bukhary dan Muslim )

6.      Diriwayatkan dari Jaabir (R.A.). ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.) apabila keluar untuk solat ‘ied ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan (yakni waktu berangkat melalui satu jalan dan waktu kembali melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhary )

7.      Diriwayatkan dari Azzuhri, ia berkata : Adalah manusia (para) sahabat) bertakbir pada hari raya ketika mereka keluar dari rumah-rumah mereka menuju tempat solat ‘ied sampai mereka tiba di mushalla ( tempat solat ‘ied ) dan terus bertakbir sampai imam datang, apabila imam telah datang, mereka diam dan apabila imam bertakbir maka merekapun ikut bertakbir. (H.R.: Ibnu Abi Syaibah)

8.      Diriwayatkan dari Amru bin Syu’aib, dari ayahnya, dari neneknya, ia berkata : Sesungguhnya Nabi (S.A.W.). bertakbir pada solat ‘ied dua belas kali takbir. dalam raka’at pertama tujuh kali takbir dan pada raka’at yang kedua lima kali takbir dan tidak solat sunnah sebelumnya dan juga sesudahnya. (H.R. : Amad dan Ibnu Majah )

9.      Diriwayatkan dari Samuroh, ia berkata: Adalah Nabi (S.A.W.). dalam solat kedua hari raya beliau membaca: Sabihisma rabbikal A’la dan hal ataka haditsul ghosiah. (H.R. : Ahmad )

10.  Diriwayatkan dari Abu Waqid Allaitsi, ia berkata : Umar bin Khaththab telah menanyakan kepadaku tentang apa yang dibaca oleh Nabi (S.A.W.). Waktu solat ‘ied . Aku menjawab : beliau membaca surah (Iqtarabatissa’ah ) dan ( Qaaf walqur’anul majid). (H.R. : Muslim )

11.  Diriwayatkan dari Zaid bin Arqom (R.A.). ia berkata : Nabi (S.A.W.). Mendirikan solat ‘ied, kemudian beliau memberikan ruhkshah / kemudahan dalam menunaikan solat Jumaat, kemudian beliau bersabda : Barang siapa yang mahu solat Jumaat, maka kerjakanlah. (H.R. : Imam yang lima kecuali At-Tirmidzi )

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Hadith Tags: