Archive

Archive for the ‘oppiNion’ Category

31 Ogos 2009

September 1st, 2009 zazi No comments

Tanggal ini, Malaysia meraikan ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Alhamdulillah. Dan semoga kemerdekaan ini akan sentiasa menjadi milik kita.Ameen.

Menonton filem 1957, Hati Malaya, sedikit sebanyak memberikan aku bayangan bagaimana orang-orang dahulu mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kemerdekaan ini daripada penjajah yang merasakan kita tidak dapat mentadbir tanah air kita sendiri. Semangat menuntut kemerdekaan ini juga yang kadang-kadang membuatkan orang Melayu bersengketa sesama sendiri. Bagaimana Tun Hussein Onn dianggap pengkhianat bangsa dan akhirnya beliau keluar parti dan membentuk parti sendiri. Tunku Abdul Rahman mengambil alih tampuk pemerintahan UMNO dan meneruskan usaha menuntut kemerdekaan.

Semua ni boleh kita jadikan sebagai pembakar semangat untuk terus menjaga kedaulatan negara dan keharmonian yang sudah kita kecapi selama 52 tahun. Nikmat kemerdekaan ni mungkin tidak dapat dirasai oleh generasi muda kini kerana kita tidak melalui detik dan saat kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang dulu. Ingatlah bahawa kemerdekaan ini bukan percuma dan ia adalah satu anugerah dari Allah kepada kita selagi kita bersyukur dan sentiasa menjaga negara yang kita cintai ini. Hindari permusuhan dan persengkataan sesama rakyat kerana ini hanya membuka ruang kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengintai ruang-ruang ketidaksefahaman dan akhirnya merobek kemerdekaan ini. Jadilah rakyat yang sentiasa inginkan kedamaian, keharmonian, kebahagiaan, toleransi dan bersyukur dengan nikmat ini. Jangka sangka kemerdekaan ini akan sentiasa menjadi milik kita jika kita sendiri tidak menjaganya. Berdoalah supaya kita merdeka selama-lamanya dan jadikan kesengsaraan dahulu hanya sejarah yang mengajar kita supaya kita lebih bersatu padu dan memperbaiki kesilapan lampau ke arah kehidupan yang lebih bahagia.

Share/Save/Bookmark

Categories: oppiNion Tags: