Lamanya tak updet blog ni. Actually baru je balik bercuti. Bercuti memang melegakan dan mendamaikan. Lari seketika dari tempat kerja secara ‘legal’, apa salahnya sesekali. Tak perlu pun bercuti ke tempat peranginan yang terhebat di abad ni, tapi cuma pulang bercuti di kampung, berjumpa mak ayah yang sentiasa menunggu kepulangan anak-anak mereka.
Minggu lepas, aku amik cuti ’straight’ dan berpuasa di kampung. Dengan juadah dan resipi dari tangan emak sudah membuatkan aku merasa ‘gemuk’ seketika kerana betul-betul berselera dan puas makan. Selain dapat berpuasa bersama mereka aku juga sempat shopping sikit untuk mereka. Puas rasanya bila aku dapat berbelanja sikit untuk mereka. Walaupun nilai yang tak seberapa, namun itu je yang aku mampu untuk hadiah hari raya. Terima kasih Allah kerana beri aku kesempatan untuk menggembirakan mereka.
Selain balik berpuasa di kampung, aku sebenarnya balik untuk melengkapkan satu misi. Misi yang aku pun tak pasti sama ada aku benar-benar inginkannya atau tidak. Tapi aku sentiasa berdoa sekiranya perkara ini baik untukku, maka permudahkanlah jalannya, tetapi sekiranya perkara ini bukan untukku, maka jauhkanlah aku daripadanya dan puaskanlah hatiku dengan takdir Allah.
Setelah 8 hari di kampung, terasa malas untuk memulakan hari bekerja semula. Sebelum balik, sempat berjumpa dan telefon dengan cikgu sekolah menengah aku dan dia menasihati aku supaya betulkan niat bila pergi bekerja. Bila niat betul, maka berkatlah gaji yang diterima dan hati pun senang bila bekerja. Tersentak seketika kerana kadang-kadang aku pun lupa tentang benda yang mudah seperti itu. Yang sebetulnya, aku patut bersyukur kerana mempunyai pekerjaan dan gaji yang tetap setiap bulan. Kadang-kadang aku selalu lupa untuk bersyukur. Astaghfirullah al-Azim.
On the way balik ke rumah sewa, sempat melencong ke Kuantan untuk membeli satu barang. Tapi dah takdir, bukan rezeki aku pada hari tu untuk membelinya. So teruskan saja perjalanan balik.
Sebelum sampai ke rumah sewa aku sempat melencong lagi di Kemaman. Di sini sempat aku tapau ’supplement’ yang aku perlukan. Mau abis RM2++. Bila difikirkan balik, nasib baik aku takde rezeki untuk beli barang yang aku nak masa kat Kuantan tadi, klu tak memang pokai dah.
So, perjalanan bersambung lagi dan akhirnya aku sampai di rumah sewa yang ‘terchenta’. Selesai solat Zohor yang dah nak abes waktu tu, aku melakukan gerak gempur membersihkan bilik yang dah aku tinggalkan seminggu lebih tu. Lepas tu terlelap kepenatan dan tersedar 30 minit kemudian. Bersihkan diri dan solat Asar dan kemudian ke bazar Ramadhan untuk membeli kuih skit dan gulai (masakan yang berkuah). Aku memang kena ada kuah kalau makan nasi, jadi lebih senang jika beli saja. Seingat aku, masa kecik-kecik dulu aku lebih suka makan nasi tanpa kuah. So, selalu lekat nasi. Jadi ayah aku akan sentiasa ‘observe’ aku makan dan meng’kuah’kan nasi aku. Lama kelaman kuah dan nasi memang tak dapat dipisahkan lagi. Kalau dulu, aku tak suka makan sayur kerana rasanya pahit, tapi kerana didikan ala-ala tentera gitu, aku dah boleh makan sayur sekarang. Mana taknya, sayur-sayur yang aku ketepikan di pinggan, ayah aku akan suruh kunyah dan telan semuanya. Di depan dia. Haru je.
So, balik rumah tinggal nak masak nasi, goreng sayur sikit dan goreng ikan. Ikan goreng panas-panas memang sedap dimakan dengan nasi panas. Tambahan plak sekarang ni, banyak menu-menu yang perlu aku elakkan kerana masalah kulit yang aku hadapi sekarang. Tapi aku terus berusaha dan berdoa agar masalh kulit aku ni akan sembuh. InsyaAllah.
Wah, tak sedar panjang betul entri kali ni.Ni lah penangan tak ‘online’ beberapa hari. Bukan apa, connection broadband tidak begitu stabil kat sini. Mau saja aku terminate. Huhu. End.
Recent Comments