Pengurusan Risiko Melalui Insurans
Pelaburan yang aku rasa perlu untuk semua orang pada masa sekarang ni ialah Insurans. Alhamdulillah, aku telah mempunyai polisi insurans sendiri. Penyelewengan dan penipuan dalam proses mendapatkan tuntutan insurans oleh ejen-ejen yang tidak bertanggunjawab telah menyebabkan insurans dikaitkan dengan penipuan. Dan inilah benda yang sama aku dengar sebelum aku mempunyai polisi insurans ni.
Dengan mendengar dan memahami apa sebenarnya insurans itu dan kepentingannya kepada kita, perspektif dulu kini dah berbeza. Mendengar dari ejen insurans yang betul-betul menjalankan tugasnya sebagai ejen adalah salah satu perkara yang penting juga. Sebab, kalau kena ejen yang menipu, tu yang menyebabkan kita tidak akan percaya pada insurans. Lagipun sekarang produk-produk insurans telah dipelbagaikan dan ada tu dalam cara ‘Islamic’. Maksudnya, produk insurans ni tidak hanya ada dalam bentuk konvensional. So, dah ada yang Islamic tentu lagi baik kan?
Kat sini aku nak share artikel ‘Pengurusan Risiko Melalui Insurans’ oleh Cik Ellen Tan (Cik Ellen Tan ialah Pengurus Agensi kepada Prudential Assurance Malaysia Bhd) yang aku ambil dari laman web www.min.com.my. Terdapat 6 Bahagian dalam artikel ni, so aku post sikit-sikit supaya senangkan pembacaan.
Bahagian I
|
Pengurusan risiko ialah pengenalpastian, analisis dan pengawalan ekonomi risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan sesebuah syarikat atau individu. Ia merupakan aspek penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda, yang sebelum itu telah anda insuranskan. Beberapa risiko peribadi yang mungkin anda hadapi termasuk: |
|
· Kematian awal · Hilang upaya menyeluruh dan kekal · Menghidap penyakit kritikal · Keperluan pendapatan ketika persaraan · Pembiayaan pendidikan anak · Rawatan jangka panjang ibu bapa |
|
|
|
Secara ringkasnya, anda mungkin meninggal dunia ketika usia masih muda, hidup terlalu lama, meninggal dunia akibat penyakit atau hilang upaya. Insurans ialah mekanisme pemindahan risiko yang digunakan oleh individu atau organisasi untuk menukar sesuatu yang tidak pasti kepada pasti. Individu setuju untuk membayar premium tetap dan sebagai pulangan, syarikat insurans bersetuju untuk menggantikan apa jua kerugian yang berlaku mengikut terma polisi. Pelan insurans perlulah berdasarkan “Prinsip Kerugian Besar” yang bermakna menginsuranskan sesuatu pada jangkaan kekerapan rendah tetapi mempunyai risiko teruk yang tinggi. Sebagai contoh, membeli insurans untuk penyakit kritikal seperti barah atau sakit jantung, yang kemungkinan berlakunya hanya sekali dalam hidup anda (kekerapan rendah) tetapi apabila berlaku, masalah kewangan yang dihadapi begitu besar. Berbaloi sekiranya anda mengambil insurans untuk penyakit begini tetapi tidak jika mengambilnya untuk demam selesema biasa atau untuk pemeriksaan doktor panel yang mungkin memerlukan kos RM40. Risiko pada asasnya ialah kombinasi hal-hal yang berkemungkinan berlaku dan kesan teruk yang dialami sekiranya berlaku. Bahagian II
Apakah manfaat insurans? Pertama sekali, untuk ketenangan jiwa, mengetahui bahawa anda mempunyai insurans untuk memenuhi keperluan kewangan berikutan berlakunya risiko tertentu. Terdapat juga pengawalan kerugian kerana insurer mempunyai kepentingan dalam mengurangkan kekerapan dan kerugian yang teruk. Misalannya, jika seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi dan ingin mengambil polisi insurans untuk melindungi penyakit kritikal, syarikat insurans berkemungkinan akan meminta dia mengambil ubat dan membuktikan bahawa dia mempunyai cara hidup yang boleh mengawal penyakit tersebut. Syarikat insurans mempunyai kepentingan untuk mengawal kerugian. Terdapat juga manfaat sosial kerana dana yang ada membolehkan anda membantu diri supaya tidak membebankan orang lain. Apakah jenis insurans yang ada?
Yang berikut ialah senarai jenis insurans hayat yang umum Ini ialah lampiran (rider) biasa yang dilampirkan bersama polisi hayat |


Recent Comments