Archive

Archive for August, 2009

Words of Wisdom

August 30th, 2009 zazi No comments

Life is too short to wake up with regrets,

So,love the people who treat you right,

Forget about the one’s who dont,

Believe everything happens for a reason,

If you get a second chance,grab it with both hands,

If it changes your life,let it,

Nobody said life would be easy,

They just promised it would be worth it.

Share/Save/Bookmark

Categories: wisdomWords Tags:

Wabak ini semakin rakus!

August 30th, 2009 zazi No comments

Salam hormat dan salam sejahtera,

Saya harap anda dapat membaca informasi dibawah.Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita, Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini. Saya amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, saya juga telah mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.

Saya harap ramai yang masih mampu bertahan pada masa ini. Disini juga saya ingin mengedarkan sebuah laporan percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda.Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini.

Anda boleh dapatkan disini.

(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna, sila edarkan kepada rakan-rakan anda. Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat…!

Bersama kita mencegah H1N1 ini…

Share/Save/Bookmark

Categories: Panduan Blog Tags:

Strategi Pelancaran Semula Produk/Servis Sebagai Pemangkin Jualan oleh Zamri Nanyan

August 27th, 2009 zazi No comments

Selepas beberapa ketika, produk anda mungkin akan mengalami tahap tepu di mana anda mungkin boleh melihat bahawa produk anda telahpun dipasarkan di mana-mana sahaja di Internet, atau pun di sebaliknya, di mana produk anda tidak dapat dijual langsung kerana terdapat persaingan yang hebat.

Dalam erti kata lain, produk anda telahpun melalui zaman kegemilangannya dan sekarang ianya menuju ke zaman kejatuhan. Perkara ini tidak mustahil walaupun produk anda merupakan produk yang berkualiti tinggi dan mempunyai permintaan yang tinggi suatu masa dahulu.

Hendak dibuang daripada pasaran, terasa sayang. Hendak diteruskan jualan, jualan pula tidak memberansangkan. Rakan JV atau affiliate anda yang dahulunya gah mempromosikan produk anda ini sekarang tidak lagi mempromosikannya.

Jadi, anda tentu perlukan cara baru untuk membangkitkan semula minat orang ramai terhadap produk anda.

Disebabkan telah hampir habis strategi pemasaran dilakukan oleh anda semasa mempromosikan produk anda tersebut, maka ianya logikal untuk anda mencuba cara yang lain.

Di dalam contoh ini, salah satu cara yang berkesan ialah dengan melancarkan semula produk anda tersebut.

“Pelancaran Semula” produk bukanlah perkara yang asing lagi di dalam strategi pemasaran. Di antara cara yang dilakukan oleh peniaga ialah dengan melakukan satu atau perkara yang berikut:

1. menukar label atau penampilan produk

Jika produk anda ialah sebuah ebook, mungkin anda akan menukarkan ebook cover, banner atau keseluruhan laman web jualan. Menukarkan produk digital ke produk fizikal juga adalah salah satu daripadanya.

2. menulis atau memperbaiki semula surat jualan

Walaupun produk yang dijual adalah sama tetapi cara penyampaian di dalam surat jualan dilakukan dengan cara berlainan untuk menarik minat pasaran yang berlainan ataupun mensasarkan lagi pasaran yang sedia ada.

3. merombak kembali struktur komisyen

Sekiranya anda mempunyai komisyen jualan affiliate, pada masa inilah penstrukturan semula komisyen boleh dilakukan. Mungkin sebelum ini komisyen sebanyak 30% daripada hasil jualan tidak menarik minat ramai pemasar atau rakan niaga anda, tetapi jika anda naikkan kominsyen sehingga 60%, besar kemungkinan ianya akan membangkitkan semula semangat mereka untuk mempromosikan produk anda.

4. menambah isi kandungan produk

Kebanyakan pembeli akan berasa lebih gembira sekiranya isi kandungan produk yang anda jual bertambah lebih banyak daripada produk sebelumnya. Jika ebook yang anda jual dahulu cuma 100 mukasurat dan sekarang anda menjualnya dengan tambahan 75 mukasurat, mereka akan berasa bahawa anda telah menambah nilai produk tersebut walaupun apa yang anda lakukan mungkin cuma menambah beberapa bahagian yang perlukan penghuraian yang lebih terperinci daripada dahulu.

5. menilai semula harga produk

Memberikan lebih banyak kandungan produk anda dengan mengekalkan harga sekarang (atau menurunkan harga) dapat juga menarik minat bakal pembeli terdahulu yang ingin mendapatkan produk anda tetapi masih ragu-ragu tentang harga dan kandungan produk anda. Dengan mengatasi masalah ini, anda mungkin memenangi semula hati bakal pembeli terdahulu.

Dari sini, anda boleh lihat bahawa pelbagai cara boleh dilakukan untuk memulakan semula proses pelancaran semula produk anda yang sedia ada sekarang.

Proses pelancaran yang biasanya anda lakukan sebelum ini bolehlah diaplikasikan semula seolah-olah produk yang anda akan lancarkan semula ini adalah produk baru.

Di antaranya ialah mengadakan peraduan jualan terbanyak bagi agen jualan anda, mencari rakan niaga yang baru, membeli iklan di laman web tertentu, melakukan joint-venture dan proses pra-pelancaran dan sebagainya.

Pada masa sekarang, salah satu program multi-level affiliate yang saya sertai pun sedang menyusun strategi untuk melakukan pelancaran semula servis yang mereka tawarkan. Daripada apa yang saya perhatikan memang ada beberapa perubahan ketara yang membolehkan affiliate seperti saya dan ramai lagi membina pendapatan yang lebih lumayan daripada program ini. Anda boleh lihat serba sedikit aktivitinya di http://www.Kiosk-Webhosting.com

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan

Share/Save/Bookmark

Categories: Perniagaan Internet Tags:

What makes me HappY?

August 26th, 2009 zazi No comments

I’m happy because Allah loves me.

I’m happy because my parents love me;

I’m happy when my friends call or texting me;

I’m happy when there is person remembering me;

I’m happy when I make others happy too;

I’m happy when my day is cheerful;

After all, I’m happy because Allah still lending these happiness to me.

Thanx Allah.

 

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags:

Hari anda hangat ke hangit?

August 24th, 2009 zazi No comments

Hai. Camne hari anda harini? Hangat ke hangit?

Hari saya suam-suam kuku je, namun ada juga berita gembira untuk saya harini tapi maaf tak dapat untuk dikongsikan. Harap anda juga gembira bekerja.

Sedar tak sedar, dah tiga hari umat Islam berpuasa di Malaysia. Pantas betul masa berlalu. Alhamdulillah, ibadah puasa masih mampu kita laksanakan. Pada hari pertama puasa haritu, anak kepada salah seorang ‘officemate’ saya meninggal dunia. Khabarnya, ‘virus infection’. Usianya baru 40 hari. Saya terkenangkan perasaan si ibu yang selama 9 bulan lebih mengendong anak ke hulu ke hilir, tiba-tiba bila dah selamat dilahirkan, meninggal dunia. Itulah, kematian tidak mengira usia dan semuanya dah tersurat. Kejadian yang pasti tapi tiada siapa yang tahu bila. Sebagai manusia, kena selalu insafkan diri, betul tak? Takziah kepada keluarga berkenaan dan mari kita sedekahkan al-Fatihah. Semoga rohnya di kalangan orang-orang beriman.

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags:

Bukan Bidadari

August 23rd, 2009 zazi 2 comments

Semalam, saya berkesempatan menonton Cerekarama di TV3. Akhir-akhir ni, jarang tengok tv, tapi semalam siap tengok dengan housemate-housemate selepas balik sembahyang terawih (terawih di perantauan). Tajuk citer ni ‘Bukan Bidadari’ lakonan Fahrin (Husni), Umie Aida (Nafisah), Lutfya (tak ingat nama dia dalam citer ni) dan Heryanto (Kamil). Citer ni mengisahkan sebuah family yang bahagia tetapi menjadi kucar-kacir dan musnah erana kesilapan Husni, iaitu suami kepada Nafisah. Kesilapan tu bermula bila Husni menjalainkan hubungan sulit dengan Lutfya yang dikenalinya secara kebetulan semasa party harijadi anaknya dan berjumpa pula di pasaraya semasa membuat pembayaran.

Apa yang dapat saya ‘interpret’ dari jalan citer ni, Husni meletakkan alasan ‘lelaki nakal’ apabila mempunyai perempuan lain. Yang lebih menyakitkan hati Nafisah, Husni dah berzina dengan perempuan tu. Hancur luluh hati isteri memikirkan rumahtangganya. Nafisah cuba menyelesaikan masalahnya dengan berjumpa dengan Lutfya, malangnya Lutfya merasakan perbuatan dia tu tak salah dan enggan melakukan apa-apa. Nafisah cuba untuk berubah jika perubahan pada dirinya yang Husni mahukan. Namun Husni tetap tidak berubah. Kerana lemah iman dan salah tempat mengadu, Nafisah pula yang terjerumus ke jalan yang salah. Dia betul-betul berubah dan meminta diceraikan. Nafisah kini berkahwin dengan lelaki yang dirasakan bagus dan dapat menjaganya iaitu Kamil. Mereka berpindah ke ‘obersea’ dan hidup di sana. Hidup Nafisah sekarang memang jauh dari ajaran Islam tetapi Allah masih sayangkan dia bilamana dia merasakan perbuatannya itu sudah keterlaluan. Dia kembali ke pangkal jalan namun Kamil bukanlah seperti yang disangkanya. ‘He’s a free thinker’. Nafisah kembali ke Malaysia (status bercerai tak sure) dan berjumpa Husni dan anak-anaknya. Namun Nafisah masih tidak dapat menerima Husni tetapi sedang memperbaiki diri sendiri ke jalan yang benar. Abes.

Moral of the story ( dari perspektif saya):

1. Suami adalah ketua keluarga. Bahagia atau tidak sesebuah keluarga bergantung kepadanya. Dengan sekecil kesilapan, keluarga yang dibina selama ini boleh musnah sekelip mata.

2. Isteri perlu banyak berdoa dan bersabar. Dalam citer ni, Nafisah kurang berdoa dan tidak sabar. Selain tu, kerana lemah iman, Nafisah mudah mengambil tindakan terburu-buru yang akhirnya memusnahkan diri sendiri. (Kesian)

3. Memilih kawan juga penting. Dalam citer ni Nafisah dah tersalah pilih kawan bila kawannya sendiri menyokong tindakannya membuka aurat. (Kurang asam punya kawan, harapkan pagar, pagar tumbang atas padi)

4. Orang perempuan adalah salah satu faktor lelaki masuk neraka. Dalam citer ni, Lutfya adalah satu sebab keruntuhan keluarga Husni. Dah tau lelaki tu dah berkeluarga, namun masih mengacau hak orang lain. Kalau berkahwin secara baik dan tak berzina, saya rasa Nafisah boleh lagi memaafkan Husni.

So, akhirnya, saya mengingatkan diri saya dan pengunjung blog ni supaya mengambil iktibar dari citer ‘Bukan Bidadari’ ni. Selamat Berpuasa.

Share/Save/Bookmark

Categories: kOmEn DraMa Tags:

Adakah anda tahu mengenai Minisite Template untuk Wordpress?

August 23rd, 2009 zazi No comments

Salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membincangkan mengenai Minisite Theme yang telah diintegrasikan dengan sistem Wordpress. Ramai IM-IM sekarang lebih suka memilih menggunakan salesletter biasa berbentuk HTML dan kemudian dibuat beberapa page untuk digabungkan.

Dan jika anda lihat bahawa kebanyakan designer akan hanya akan memberi
anda satu fail html sahaja dan anda perlu copy page tersebut untuk mendapatkan satu bentuk theme yang sama. Kini stail tersebut bagi saya
ia sudah lapuk dan Minisite kini perlu memasuki dimensi baru bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti satu-satu minisite.

Terdapat banyak kelebihan-kelebihan sekiranya minisite diintegrasikan dengan Wordpress dan di antaranya ialah

1. Wordpress merupakan perisian yang user-friendly dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

2. Wordpress adalah sangat mesra SEO kerana strukturnya yang teratur
dan google gemar mengindeks blog yang berasaskan Wordpress berbanding yang lain. Sekiranya anda pandai dalam SEO, ia menjadi satu kelebihan untuk anda.

3.Wordpress juga mempunyai banyak plugin-plugin yang berguna dan sesuai untuk diintegrasikan dengan sistem minisite.

Pada awalnya anda mungkin memikirkan bahawa Minisite theme untuk Wordpress adalah melecehkan. Hakikatnya ia tidak begitu. Sekiranya anda pernah berblogging menggunakan Wordpress anda akan melihat potensinya tiada batas!

Sahabat saya hidayat aka Madno baru sahaja melancarkan produk barunya iaitu Ministe Template untuk Wordpress dan untuk makluman anda ia diberikan secara percuma! Mungkin sahabat saya Madno bermurah hati kerana Ramadhan yang sudah hampir tiba.

So, jangan ketinggalan untuk mendapatkan template minisite untuk wordpress ini secara percuma. Klik disini untuk dapatkannya secara percuma.

Share/Save/Bookmark

Categories: Panduan Blog Tags:

Jangan lupakan kawan

August 21st, 2009 zazi 2 comments

Mungkin selama ni, kita hanya bekerja dan bekerja. Memang tak dinafikan, alam pekerjaan memang sibuk dan maksudnya memang takde masa nak ‘calling-calling’ kawan lama. Tapi dalam masa bekerja tu mesti kita akan rasa bosan dan rasa macam nak kembali ke alam ’study’ dulu. Ramai member-member yang sekepala dan boleh ‘hang-out’ bila tensen study. Masalahnya, kita hanya ingat sekejap tu je tapi langsung tak amik ‘action’ untuk ‘keep in touch’ dengan mereka ni. So di sinilah salahnya (aku pun sama je). Apa salahnya kita ‘text’ mereka (sms/chatting/komen blog/komen facebook) or ‘calling’ mereka. Juz tanya kabar dan life’ diaorang sekarang. Tanyalah kesihatan mereka, kesihatan parents, keje kat mana, dah kawin ke blum, anak berapa orang, dan soalan-soalan lain yang ’simple’ lagi mudah untuk beritahu mereka yang kita ni ’still’ ambil tahu pasal mereka. So secara tidak langsung, mereka pun akan ingat kita juga.

Later, bila kita ada masalah or perlukan pandangan seseorang, takdelah kita ni rasa takde sapa pun nak tolong kan. At least, kita ada kawan-kawan yang boleh dipercayai untuk luahkan masalah kita tu dan dapatkan nasihat. Kat sini lah baru kita nampak keperluan untuk kita ‘built the network’ dengan kawan-kawan lama kita ni. Bagi aku membina dan mengekalkan persahabatan tu sangat ’sweet’ dan juga bagus. Untuk diri aku sendiri dan pengunjung blog ni, aku nasihatkan, trace balik kawan-kawan sekolah, matrik ngan uni dan ‘keep in touch’ dengan mereka. Ingatlah, orang Muslim yang baik adalah mereka yang mendokan kebaikan kawan-kawan mereka dan semua orang Muslim yang lain.

Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datang dari kekhilafan diriku sendiri.

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags:

Salam Keberkatan Ramadhan

August 20th, 2009 zazi No comments

Ramadhan tiba lagi.

Alhamdulillah, aku masih dapat bertemunya.

Ya Allah, terimalah ibadahku di bulan mulia ini,

Jadikanlah ibadahku satu cara untuk aku lebih dekat dengan-Mu,

Rahmatilah aku, ibubapaku, guru-guruku,

sahabat-sahabatku, dan semua orang Islam di dunia,

Ampunkan dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, guru-guruku,

sahabat-sahabatku, dan semua orang Islam di dunia.

Ameen.

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags:

Im sorry, its my mistakes.

August 19th, 2009 zazi 1 comment

 As human being, doing mistakes are inevitable. Realized or not we did mistakes everyday. Small or big thats the other issue. Well, this is the truth.  This is story of mine. I did mistakes. Purposely, of course not. But, its not totally mine, its cause by others too. Its a long story to tell. Im dissapointed with myself but I apologize myself for that. No one is perfect right. By the way, when I did mistakes I am better than other who do not do anything and keep being in comfort zone. I know why it is wrong, I know what is right and the best part is I learnt something that others not. That sounds better right. Otherwise, who will said so. Well, what I learnt from this is, a good communication loop is important when working in team. Good communication not only means verbally but also in terms of providing information to other team members in documentation. Legally, no one will trust you if you dont have proof or ‘hardcopy’ of the document. Provide the document with complete info and you are safe. Never trust verbal communication alone. People will not take this as a proof and at the end you are to be blamed. Fellow friends, please and please, take this advice seriously. Dont let your small mistakes ruin your reputation for all this while. However, if you forgot and unintentionaly doing this, I guess you will learn more because it happen to yourself. Dont be sad because you will learn something and this is very valuable lesson that others dont have. Keep in mind that you are a human and human cannot run from doing mistakes. Keep your live going and never let other control yourself. You are the one who decide for your life not them. Lastly, seek apology. Im sorry its my mistakes and I will improve on that.

Share/Save/Bookmark

Categories: Experience Tags: